Friday, September 5, 2008

PELUANG PERNIAGAAN (SME)

1. TEKUN NIAGA

Pembiayaan sebagai modal tambahan kepada usahawan untuk meningkatkan perniagaan sedia ada.
Aktiviti :
  • Gerai tetap
  • Gerai bergerak
  • Kedai tetap
  • Perniagaan perkhidmatan
  • Pengangkutan
  • Pembuatan
Kelayakan Asas?
Bumiputera berumur 18-60 tahun?
Mempunyai lesen/permit/daftar perniagaan yang sah?
Mempunyai tempat perniagaan yang khusus?
Terlibat secara langsung dan sepenuh masa?Tidak mempunyai rekod pembiayaan perniagaan yang tidak baik?
Pembiayaan perniagaan sedia ada tidak melebihi RM 20,000?
Telah berniaga sekurang-kurangnya 6 bulan?
Satu pembiayaan untuk satu isi rumah
Jumlah Pembiayaan
Pembiayaan yang ditawarkan adalah di antara RM500.00 hingga RM30,000.00.

2. PBUM -PROGRAM BIMBINGAN USAHAWAN MUDA
Pengenalan
Program Bimbingan Usahawan Muda(PBUM) adalah salah satu Program Belia Niaga khusus untuk belia yang ingin memulakan dan mengembangkan perniagaan. Belia yang berhasrat untuk memulakan perniagaan akan diberi bantuan insentif tidak melebihi RM 2,000 seorang.
Kelayakan dan Syarat-Syarat :
i) Warganegara Malaysia.
ii) Berumur antara 18 hingga 40 tahun.
iii) Menjadi ahli persatuan belia.
iv) Untuk memulakan dan mengembangkan perniagaan secara sepenuh masa sahaja.
Menjalankan perniagaan atau usaha tani secara sambilan tidak layak mendapat bantuan di bawah program ini.
v) Mempunyai kemahiran dalam bidang perniagaan yang diceburi.
Proses Permohonan
i) Mengisi borang KBS/PPM 001-2006 pindaan 1/2008
ii) PBSD membuat melawat/ulasan
iii) Borang yang lengkap perlu dihantar ke Jabatan Belia dan Sukan Negeri
iv) Pegawai ekonomi membuat ulasan
v) Mesyuarat Jawatankuasa Program Bimbingan Usahawan Muda

vi) Jawatankuasa Program Bimbingan Usahawan Muda adalah terdiri daripada

  • Pengarah Negeri / wakil
  • Pengarah (PE) / Wakil
  • Penolong Pengarah Negeri Bahagian Belia
  • Setiausaha (Pegawai Ekonomi Negeri)
  • Ketua Kerani / Wakil
P.S Harap dapat membantu.

Tuesday, September 2, 2008

INGIN BERNIAGA?

Sedang berfikir untuk menceburi bidang perniagaan?
Sila baca ini dahulu!


by PUNB

Artikel “semua yang anda ingin tahu” ini merupakan satu editorial yang berfaedah yang memberi satu senarai 'sebelum anda bermula' yang baik. Senarai ini berguna untuk mereka yang serius untuk memulakan perniagaan sendiri.
Memula dan mengurus perniagaan memerlukan motivasi, keinginan dan bakat. Ia juga memerlukan kajian dan perancangan yang rapi. Seperti permainan catur, kejayaan di dalam perniagaan bermula dengan langkah yang tegas dan tepat. Walaupun kesalahan yang dilakukan di peringkat permulaan berniaga tidak begitu menjejaskan perniagaan, tetapi ia memerlukan kemahiran, disiplin dan usaha gigih untuk mendapatkan semula peluang tersebut.
Untuk berjaya, cari dan nilai matlamat perniagaan dan juga diri anda. Gunakan maklumat ini untuk merangka pelan perniagaan secara menyeluruh yang dapat membantu anda mencapai matlamat tersebut. Proses untuk merancang pelan perniagaan akan membantu anda untuk berfikir mengenai isu-isu penting yang belum anda pertimbangkan. Perancangan anda akan menjadi alat dan buku panduan yang berharga untuk anda berusaha mencari sumber pembiayaan. Ia juga berfungsi sebagai pengukur kejayaan perniagaan anda.
1. Baru Bermula
Sebelum bermula, senaraikan sebab-sebab anda mahu memulakan perniagaan. Sebahagian daripadanya ialah :
  • Anda ingin menjadi seorang majikan

  • Anda inginkan kebebesan kewangan·

  • Anda inginkan kebebasan kreativiti

  • Anda ingin menggunakan sepenuhnya kemahiran dan pengetahuan yang ada

2. Menentukan perniagaan yang 'sesuai untuk anda'. Tanya diri anda:

  • Apa yang saya buat di masa lapang?

  • Apakah kemahiran teknikal yang telah saya pelajari atau perolehi?

  • Apa pendapat orang lain tentang kebolehan saya?

  • Bolehkah saya mendapat sokongan dari keluarga ?

  • Berapa banyak masa yang saya ada untuk mengusahakan perniagaan saya?

  • Adakah saya mempunyai hobi atau minat yang boleh dipasarkan?

3. Kenalpasti 'niche' perniagaan anda. Jalankan kajian yang perlu untuk menjawab soalan-soalan ini:


  • Apakah jenis perniagaan yang saya minati?·

  • Apakah khidmat atau produk yang saya akan pasarkan?

  • Adakah idea saya praktikal dan bolehkah ia menepati kehendak/ keperluan?

  • Siapakah persaing saya?

  • Apakah kelebihan perniagaan saya berbanding dengan perniagaan sedia ada?

  • Bolehkah saya memberikan khidmat yang berkualiti tinggi?

  • Bolehkah saya mengwujudkan permintaan terhadap perniagaan saya?


4. Buat senarai 'pra-perniagaan'.Anda perlu menjawab soalan-soalan ini:

  • Apakah kemahiran dan pengalaman yang boleh saya sumbangkan kepada perniagaan ini?
  • Bagaimana kedudukan saya di sisi undang-undang
  • Bagaimana rekod perniagaan akan dikendalikan?
  • Apakah jenis perlindungan insuran yang diperlukan?
  • Apakah peralatan atau bekalan yang diperlukan?
  • Apakah imbuhan untuk diri saya?
  • Apakah sumber yang saya perlukan?
  • Di manakah premis perniagaan saya?
  • Apakah nama perniagaan saya?

Jawapan ini akan membantu anda untuk membuat rancangan perniagaan lebih fokus dan menyeluruh yang boleh berfungsi sebagai 'blueprint'. Ia akan memberi butiran terperinci bagaimana peniagaan akan dijalankan dan diuruskan.

Rancangan perniagaan merupakan asas penting untuk memulakan perniagaan. Setelah anda menyiapkan rancangan tersebut, semak dengan kawan dan rakan perniagaan. Apabila anda berpuas hati dengan isi dan strukturnya, buatlah temujanji dengan pegawai bank untuk semakan dan perbincangan lanjut. Rancangan perniagaan adalah dokumen fleksibel dan perlu berubah apabila perniagaan anda berkembang.

P.S Kak Jayn harap artikel ini dapat membantu newbie yang mahu memulakan perniagaan. Semoga berjaya!!!

Monday, September 1, 2008

PAKEJ RANCANGAN PERNIAGAAN / KERTAS KERJA YANG ZMS SEDIAKAN

Antaranya:

  1. pembersihan bangunan
  2. tadika
  3. car waswh
  4. dobi
  5. bakery
  6. internet cafe
  7. computer hardware reseller
  8. pembelian mesin sulaman
  9. penternakan - kambing, lembu, ikan keli
  10. pertanian
  11. francais
  12. pembelian mesin perkilangan makanan ringan
  13. salun
  14. butik
  15. kedai runcit

Harga Pakej berpatutan. Caj dikenakan mengikut jumlah pinjaman.

Contoh:

Pinjaman RM50,000 ke bawah = caj antara RM500 - RM800

Pinjaman RM50,000 ke atas = caj antara RM1,000 - RM1,500

P.S CAJ DI PASARAN BIASANYA 2% DARIPADA JUMLAH PINJAMAN

Berminat ? hubungi saya segera atau email di : zara2u@yahoo.com

MAKLUMAT PEMILIK DAN PERNIAGAAN

BAGI TUJUAN PENYEDIAAN KERTASKERJA


Jika berminat menggunakan perkhidmatan kami, anda perlu menyediakan senarai semak di bawah untuk dibawah berjumpa wakil kami.


Sediakan:
  • cerita tentang projek anda


  • pelan perniagaan anda


  • jumlah pinjaman yang diperlukan


  • salinan kad pengenalan


  • salinan pendaftaran perniagaan


  • sejarah perniagaan anda


  • salinan kewangan 3 bulan


  • dokumen-dokumen sokongan yang difikirkan perlu


  • gambar projek jika ada

Untuk memudahkan kami membantu anda memberi cadangan pinjaman terbaik, sila nyatakan:

  • nama anda/pekongsi


  • umur


  • no telefon/mobile phone


  • pekerjaan anda sekarang


  • level tertinggi pendidikan


  • jumlah anggaran pinjaman


  • blacklisted/ctos?


  • ada/tiada cagaran

KEPENTINGAN RANCANGAN PERNIAGAAN

SESUAI UNTUK

* Bakal-bakal usahawan
* Usahawan IKS
* Mereka yang ingin membesarkan projek
* Bakal-bakal Pesara , Para pelajar perdagangan dan pengajian perniagaan ,Semua individu yang berminat




Salah satu kepentingan menyediakan rancangan perniagaan ialah untuk menilai sama ada peluang perniagaan yang ingin diterokai berdaya maju atau sebaliknya. Penilaian sesuatu peluang perniagaan perlu diasaskan kepada fakta dan maklumat terkini. Banyak perniagaan gagal selepas beberapa tahun dilaksanakan. Ini disebabkan oleh kegagalan pengusaha menyediakan rancangan perniagaan yang berkesan. Dalam apa jua bidang perniagaan yang ingin diceburi, penyediaan rancangan perniagaan yang lengkap merupakan langkah yang sangat penting. Seringkali dikatakan bahawa jika seseorang berhasrat untuk memulakan sebuah perniagaan tetapi gagal untuk membuat perancangan, sebenarnya dia merancang kegagalannya sendiri dalam perniagaan tersebut.

Kepentingan menyediakan rancangan perniagaan secara bertulis atau dalam bentuk dokumen seringkali diabaikan oleh usahawan kecuali apabila diperlukan untuk memohon pembiayaan. Sebab itu dokumen ini sering dikaitkan dengan permohonan pinjaman daripada bank atau institusi kewangan. Keperluan menyediakan dokumen ini dilihat sebagai memenuhi syarat permohonan sahaja. Tanggapan ini menyebabkan kebanyakan usahawan sukar menilai kepentingan dan keperluan menyediakan sebuah rancangan perniagaan. Setelah permohonan mereka diluluskan (atau mungkin ditolak) dokumen tersebut tidak lagi dirujuk untuk melaksanakan projek yang dirancang. Besar kemungkinan ini berlaku kerana dokumen tersebut disediakan oleh pihak lain yang dibayar perkhidmatannya. Oleh yang demikian maklumat yang terkandung dalam rancangan perniagaan berkenaan tidak menggambarkan hasrat sebenar usahawan. Sebaliknya ia cenderung untuk mempengaruhi dan meyakinkan pihak penilai untuk meluluskan permohonan pinjaman atau pembiayaan. Rancangan perniagaan bukan sahaja penting untuk tujuan memohon pembiayaan kewangan tetapi dokumen ini juga disediakan untuk tujuan-tujuan berikut:


1. Rancangan perniagaan sebagai pelan atau 損eta?yang diperlukan bagi mengendalikan aktiviti perniagaan. Dokumen ini membantu usahawan mengkaji semula atau mengubahsuai aktiviti dan halatuju yang telah ditetapkan semasa memulakan dan mengendalikan perniagaan.


2. Sebagai panduan untuk mengurangkan risiko kegagalan perniagaan dengan membuat nggaran dan perkiraan hasil dan kos yang terlibat dalam perniagaan yang dirancang. Oleh itu, usahawan akan mengkaji dan menilai sesebuah rancangan perniagaan (berasaskan maklumat terkini) sebelum membuat keputusan untuk memulakannya. Secara tidak langsung penyediaan rancangan perniagaan memerlukan usahawan mengumpul maklumat terkini dalam pasaran.


3. Rancangan perniagaan juga disediakan untuk mengira jumlah modal atau wang yang diperlukan bagi memulakan atau mengembangkan perniagaan. Oleh itu, penyediaan dokumen ini dapat membantu usahawan mengenal pasti jumlah modal permulaan dan sumber pembiayaan yang diperlukan.


4. Penyediaan rancangan perniagaan membantu usahawan memahami dengan mendalam mengenai bidang perniagaan yang bakal diceburi. Usahawan perlu mengetahui setiap aspek pengurusan perniagaan seperti pemasaran, pentadbiran, operasi dan kewangan.


5. Rancangan perniagaan juga merupakan dokumen yang boleh digunakan untuk mengawal kegiatan perniagaan. Ini dapat membantu usahawan membandingkan pencapaian sebenar dengan apa yang telah dirancang sebelum ini. Ramai usahawan berasa ragu atau enggan menyediakan rancangan perniagaan kerana beranggapan ianya satu kerja rumit dan remeh, dan beranggapan perniagaan atau projek boleh terus dijalankan tanpa perlu didokumenkan. Walau bagaimanapun, adalah lebih mudah untuk merujuk semula rancangan perniagaan yang ditulis secara teratur (walaupun ringkas) berbanding perancangan yang bergantung kepada daya ingatan semata-mata.

______________________________________________________

Sunday, August 31, 2008

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN



















Terima kasih kerana mengunjungi mengunjungi blog
ZARA-ONLINEBIZ (ZMS)

Untuk info ZMS buat masa ini menawarkan perkhidmatan menyediakan Profile Rancangan Perniagaan (RP) kepada pelanggan yang memerlukannya untuk tujuan pinjaman bank dan sebagainya.

Saya percaya ramai di luar sana yang berminat untuk memulaikan perniagaan sendiri. Walau bagaimanapun untuk berjaya dalam sesuatu perniagaan yang bakal kita ceburi, kita tidak boleh mengambil sikap bidan terjun - asal buat sahaja. Untuk mempastikan kita berjaya dalam sesuatu perniagaan, kita mesti membuat satu blueprint atau perancangan yang teliti dan mesti dijadikan guidelines dalam operasi perniagaan agar tidak tersasar dari landasan.
Selain dijadikan garis panduan dalam menjalankan perniagaan, Rancangan Perniagaan juga diperlukan jika kita ingin memohon pinjaman bank, Mara, Tekun dan sebagainya bagi tujuan pembiayaan perniagaan kita. Rancangan Perniagaan yang baik dapat membantu kita mendapat kelulusan pinjaman daripada institusi yang berkenaan.

ZARA MANAGEMENT SERVICES menawarkan perkhidmatan menyediakan Profile Rancangan Perniagaan Syarikat anda. Pakej-pakej yang ditawarkan adalah berpatutan.

CONTOH : APA YANG PERLU ADA DALAM RANCANGAN PERNIAGAAN YANG BAIK

Penyediaan Pelan PerniagaanRancangan Perniagaan (RP)

1. Satu dokumen bertulis yang menerangkan secara menyeluruh tentang perniagaan atau projek yang hendak dijalankan.

2. Merupakan pelan induk perniagaan yang menerangkan kajian-kajian yang telah dibuat dan langkah-langkah yanbg akan diambil pada masa hadapan untuk membangunkan perniagan, ramalan dan jangkaan serta cara-cara pelaksanaan strategi perniagaan

Kegunaan (RP)

* Membolehkan usahawan melihat dan menilai projek secara objektif, kritikal dan praktikal.
* Menjadi garis panduan untuk pengurusan perniagaan.
* Mengkaji dan menilai sama ada projek yang akan dilaksanakan berdaya-maju atau sebaliknya.
* Meyakinkan pihak-pihak tertentu terhadap idea-idea perniagaan dan sebagai asas bagi cadangan pembiayaan.
* Mengagihkan sumber-sumber yang terhad dengan lebik baik.

Pengumpulan Maklumat Penyediaan (RP)

* Rekod dan data dalaman sesebuah perniagaan
* Statistik
* Data ekonomi
* Data perdagangan
* Penyelidikan pasaran

Kandungan (RP)

1. Jadual Kandungan
2. Ringkasan eksekutif RP/sinopsis RP
3. Pengenalan
4. Tujuan Penyediaan RP
5. Latar belakang perniagaan/syarikat
6. Latar belakang pemilik
7. Rancangan organisasi/pengurusan
8. Rancangan pemasaran
9. Rancangan pengeluaran/operasi
10. Rancangan kewangan
11. Jadual pelaksanaan projek
12. RumusanPenyediaan (RP)

1. Pengenalan
* Nama Syarikat
* Jenis Perniagaan yang diceburi
* barangan/perkhidmatan yang ditawarkan
* lokasi premis
* tarikh perniagaan dimulakan
* latar belakang industri dan tren pasaran
* Senario masa hadapan

2. Tujuan Penyediaan RPNyatakan sama ada:
* memohon pembiayaan kewangan dari pihak-pihak tertentu
* merancang pelaksanaan projek baru
* untuk dijadikan garis panduan dalam menguruskan perniagaan
* atau lain-lain tujuan

3. Latar Belakang Perniagaan/Syarikat
* Nama perniagaan
* Alamat, No. Telefon
* Bentuk perniagaan
* Kegiatan utama
* Tarikh mula/hendak memulakan perniagaan
* No. Pendaftaran Perniagaan
* Modal permulaan, modal dibenar
* Nama dan alamat pemegang saham
* Nama bank (jika ada)
* No. Akaun Perniagaan(jika ada)

4. Latar Belakang Pemilik/Ahli Kongsi/Pemegang Saham
* Nama, alamat, no. telefon
* Kelulusan akademik
* Pengalaman/kemahiran

5. Rancangan Organisasi/Pengurusan
* Matlamat dan strategi syarikat
* Struktur/carta syarikat
* Senarai kakitangan pengurusan
* Senarai perjawatan
* tanggungjawab setiap jawatan
* imbuhan/gaji bagi setiap jawatan

6. Rancangan Pemasaran
* Analisis Pasaran
* untuk membuat ramalan jualan yang baik, maka perlu buat analisis keatas pelanggan, pasaran dan barangan/ perkhidmatan.
* mengkaji arah aliran pasaran dalam industri bagi perniagaan yang dijalankan.
* mengukur saiz pasaran iaitu jumlah potensi pasaran dalam sesuatu kawasan dalam jangkamasa tertentu (eg. setahun).
* Barangan/Perkhidmatan - ciri-ciri serta kelebihan yang dimilikinya serta faedah-faedahnya. * Mengenalpasti pelanggan/pengguna barangan atau perkhidmatan tersebut.
* Persaingan bagi barangan/perkhidmatan tersebut.
* Ramalan Jualan
* syer pasaran bagi barangan/perkhidmatan.
* Strategi Pemasaran
* Strategi pemasaran secara keseluruhan
* bagaimana syarikat akan menghadapi persaingan
* kelebihan perniagaan jika dibandingkan dengan pesaing dari segi, kualiti, harga, lokasi, imej dan sebagainya
* Strategi barangan
* faktor-faktor yang boleh menarik pelanggan
* Strategi harga
* penentuan harga
* tawaran harga dan sebagainya.
* Strategi Pengedaran
* cara pengedaran dibuat
* kos-kos yang terlibat
* rancangan jangka pendek dan jangka panjang jualan tersebut
* Strategi promosi
* teknik-teknik promosi yang akan dijalankan
* Belanjawan pemasaran

7. Rancangan Pengeluaran/Operasi
* Barangan/perkhidmatan yang dikeluarkan termasuk kuantitinya.
* Proses pengeluaran (jika bidang pembuatan)
* Keupayaan pengeluaran
* Rancangan pengeluaran
* jumlah pengeluaran
* keupayaan maksimum
* penyimpanan stok
* Senarai bahan mentah (jika ada)
* Senarai buruh/pekerja terlibat dalam pengeluaran/perkhidmatan
* Pengendalian mesin/peralatan

8. Rancangan Kewangan Bahagian ini bertujuan untuk mempastikan sejauh mana kebenaran andaian-andaian yang dibuat berkaitan dengan pasaran, jualan dan kos-kos yang terlibat. Ramalan/andaian yang dibuat perlu realistik supaya ia boleh digunakan untuk penilaian daya maju projek dan juga sebagai alat kawalan belanjawan. Bahagian ini merangkumi :
* Kos pelaksanaan projek
* Sumber pembiayaan
* modal sendiri
* pinjaman bank
* sewa beli
* lain-lain
* Proforma aliran tunai - bulanan dan tahunan (3 - 5 tahun)
* Proforma Penyata Pendapatan - tahunan (3 - 5 tahun)
* Analisis Titik Pulang Modal

9. Jadual Pelaksanaan Projek - Untuk menunjukkan peringkat-peringkat pelaksanaan sesuatu projek.

10. Rumusan/Justifikasi - Memberi alasan kukuh bagi meyakinkan pihak-pihak tertentu tentang dayamaju projek/perniagaan tersebut.